Wah, bisness apa ini boleh untung berkali lipat seperti itu ? Hehe, saya bukan mahu cerita bisness. Saya mahu menceritakan kembali sebuah kisah pada zaman khalifah Al-Mansur.
Suatu hari datang seorang badwi mengharap khalifah memberinya wang, tapi khalifah justeru memberi nasihat;
Daripada saya beri kamu wang, mahu kah saya ajarkan sebuah hadist yang saya terima dari ayah saya, beliau terima dari kakak saya, beliau terima dari ayah saya, beliau terima dari Sahabat Ibnu Abbas dan beliau terima dari Rasulullah SAW bersabda;
"Siapa yang beristighfar seribu kali sehari selama setahun, maka tidak akan berlalu setahun tersebut kecuali Allah jadikan orang itu seorang kaya raya"
Maka badwi tersebut mengamalkannya hingga pada akhir tahun...
Lalu dibawalah wang itu kepada khalifah, oleh khalifah dikatakan, Nah itulah rezekimu, engkau keluarkan dulu seperlima sebagai zakat harta karun, sisanya yang 80% milikmu.
Tetapi badwi tersebut tanpa diduga justeru hanya mengambil yang seperlima, dan 80% diserahkan kepada khalifah untuk baitul maal. Rupanya tawadhu sudah menyeliputi hatinya sebagai hasil dari pendidikan istighfar.
Lihatlah betapa dahsyat apa yang terjadi setelah kita mengakui dosa-dosa kita dan meleburnya dengan istighfar.
Rezeki datang berkelimpahan, bahkan rezeki terbesar adalah kekayaan hati.
Jadi apa kesimpulan kisah tersebut ?
Kesimpulannya, dosa-dosa kita menyumbat aliran rezeki. Siapa yang ingin rezeki mengalir deras, atasi dulu penyumbat nya itu dengan istighfar. Bukan hanya rezeki dzahir, bahkan rezeki bathin.
Salam Magnet Rezeki
.
Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah
👉👉https
👉👉https
👉👉https